Friday, February 12, 2010

RindU pAdA kAmu

Aneh. Puas sudah memerah otak mencari idea logik yang boleh buat jadi jawapan kepada persoalan. Segala cara berfikir telah cuba dipakai guna. Dalam kotak digeledah puas. Sampai terkeluar berela-ela jauh dari kotak pun masih terasa terselubung misteri.

Dia sama sahaja, yang terlihat pada zahir mata, seperti yang lain-lain disekitar-sekitar itu. Kurang tiada dan lebih pun tiada. Tapi terasa cukup berbeza. Yang lain-lain tiada aura membunuh sehebat dia. Tidak terasa sehebat dia.

Terlihat sahaja sesusuk wajah itu, belum pernah gagal mengoncang jiwa. Membuat hati terasa mahu pecah. Meletup. Kalau sahaja benar boleh meletup, agaknya sudah arwah dia.

Bukan cantik untuk sampai jadi gila bayang. Ramai lagi sebenarnya yang jauh menarik jika mahu dibuat banding. Bukan seksi untuk sampai jadi imaginasi bila bersendiri semasa malam. Fasha Sandha (??) jauh lagi boleh buat mata terjolok.

.........................................................................................................................................................................

Seperti suasana pada hari-hari kuliah kebiasaanya, memang begitulah keadaan di sini. Bising. Bingit. Setiap orang dengan perihal masing. Ada yang berlari perlahan. Ada yang berjalan laju. Cuma belum pernah terlihat ada yang merangkak dan berguling. Setakat ini.

Dia selama ini tidak pernah ambil pusing segala itu. Hari-hari buat hal sendiri. Ada yang menegur sapa dibalas sapa. Ada yang tersenyum dibalas senyum. Cukup buat sendiri tidak dipanggil sang sumbang kera. Dia tidak peduli. Dia cuma mahu buat hal sendiri. Jangan kacau dia kalau dia tidak kacau kamu. Dia tidak gemar sedemikian rupa.

Sehabis sahaja waktu kelas hari itu, bergegas dia keluar. Tidak mahu lambat. Seperti lagak seorang presiden dia terkocoh keluar meninggalkan kelas, Salam terima kasih atas curahan ilmu lecturer pun tak sempat diberi. Kelam kabut benar.

Dia mahu mengejar gadis itu. Gadis yang tidak cantik tapi membuat dia separa gila. Gadis yang tidak seksi tapi tetap hadir setiap malam bila sendiri. Hari ini, dia mahu tahu. Dia mahu soalan-soalan dalam kepala terjawab. Tidak tahan lagi rasanya pemikiran ditumbuk terajang dengan soalan yyang tak terjawab oleh logik itu. Dia mahu settle segala hari ini. Mesti.

Dari tingkat tiga bangunan itu, dia berlari menuruni tangga. Destinasi pilihan, ground floor. Lif terlalu lambat untuk dia hari ini. Mana dia ada masa untuk menanti pintu lif terbuka. Guna tangga lebih pantas. Walaupun selama ini dia cukup anti dengan tangga. Malas. Ada yang mudah buat apa mahu bersusah. Kufur nikmat nanti.

Sampai ground floor, belum hilang lenguh kaki menurun tangga, deria mata dan otot leher segera pula dikerah melilau kiri dan kana mencari subjek yang dikehendaki. Puas mengagau melihat dan mencari, pandangan tertancap pada wajah itu. Wajah yang buat dia melanggar tabi'ie. Dari buat hal sendiri dan tidak peduli jadi sibuk mahu tahu dan jadi peduli. Dari naik lif hari-hari jadi pengguna tangga walau sekali.

Suasana tiba-tiba jadi sepi. Masa bagai terhenti. Yang ada dalam mata cuma wajah gadis itu. Yang terdengar oleh telinga hanya degupan jantung sendiri. Laju bagai kredit prepaid celcom habis digunakan untuk call nombor maxis. Dalam kepala sibuk menari ayat-ayat untuk memula perbualan. Sibuk mencari frasa-frasa penuh maskulin untuk memula segala. Hati memanggil-manggil setiap cebis keberanian dan kemachoan untuk berkumpul menjadi satu. Seruan 1 Malaysia bergema dalam sanubari. Buat kuat semangat.

.....................................................................................................................................................................