Friday, September 3, 2010

hAri ini dAn semAlam

jalan-jalan itu ..

rumah-rumah itu ..

kedai-kedai itu ..

padang-padang itu ..

dan semua-semua itu ..

adalah semalam-semalam aku ..

semalam yang masanya aku terlalu muda untuk mengenal dunia ..
semalam yang dunianya terlalu sepi dari pemikiran berat ..
semalam yang harinya hanya ada ketawa dan senyum ..
semalam yang malamnya hanya ada termimpi manis ..

semalam yang juga masanya buat aku jadi dewasa ..
semalam yang juga dunianya buat aku mula berfikir ..
semalam yang juga harinya mula pandai menangis durja ..
semalam yang malamnya mula aku tersentak igau ..

semalam itu yang buat aku jadi seorang aku yang berdiri sekarang ini ..

kenangan semuanya itu ... biarlah .. biarlah ..

jalan-jalan itu ..

rumah-rumah itu ..

kedai-kedai itu ..

padang-padang itu ..

dan semua-semua itu ..

adalah semalam-semalam aku ..

dan kerana itu .. aku bawa kamu bersama hari ini ..

selamat datang pada silamku .. sayang ,,

No comments: