Monday, December 14, 2009

mengAntuk sAyaAng tidUr cintA

mengantuk tapi tidak tidur..
seperti sayang tapi tidak cinta..


Sunday, November 29, 2009

cintA : A tribute

aku cinta..

sekadar ucapan penyedap tekinga dari manis mulut?

sekadar perbuatan penunjuk rasa dari gagah anggota?

sekadar perasaan penenang jiwa dari fikiran segala?

ucap sedap..buat tunjuk..tenang jiwa..

aku tetap cinta...

.jAdi hArus bAgAimAnA?.

"dalam tidur..dalam terjaga...Salam Sejahtera.."

harus bagaimana aku mengungkap rasa?
walau terlalu ingin hati bicara..
entah..terus berteka-teki...

ingin sekali aku teriak..
biar gempita seisi semesta..
biar terdengar semua alam..
biar tahu kau segala..
hati ini sedang terbara..cinta..

berfikir pening..
untuk tidak lagi pusing..
gundah jiwa serabot minda..
entah apa-apa...(poyo)..//?
.
jika kerana semalam yang terluka bukan hanya yang punya sejarah..
turut sama terasa seksa sang aku yang melihat.mendengar,
sudah..sudah..jangan biar semalam buat kelabu hari ini..
sinar kau pasti ada..
walau dengan siapa..

"patah tumbuh..hilang berganti.."

yang menganti akan sebaek yang hilang?
yang tumbuh sama dengan yang patah?
entah..entah..


issshhhhh...susah benar menyusun kata..
kalau tidak terucap agak bolek kita bersama?
berkongsi jiwa..rasa..bahagia..

aku ingin terlalu..
entah..minta fahami...
aku ikhlas..terima kasih...

karangan tengah malam dalam jiwa gundah berfikir...apa mungkin?

Monday, November 16, 2009

jujur.percaya.tulus

aku mencari cinta dengan kejujuran..
(jujurkah aku?)

aku mencari cinta dengan kepercayaan..
(percayakah aku?)

aku mencari cinta dengan ketulusan..
(tuluskah aku?)


kejujuran aku...
kepercayaan aku...
ketulusan aku...
masih terjawab belom...
mencari tercari pada siapa boleh aku beri..

mungkin tuhan ingin melihatku..
dalam jisim yang baru..
sedang aku dulu syirik padanya..
kerna terlalu bergantung pada hambanya yang bisu..
menyatakan hakikat cinta aku..

"cinta datang bila insan mampu kenal sendiri.. kenal tuhan pencipta cinta..dan faham hakikat cinta untuk tahu magrifat cinta.."

kadang hati bicara..
nada sendu..
nada siksa..
mungkin sunyi..

aku sedang derita..
aku sedang sengsara..
tenang terjumpa namun dalam gundah..

kuserahkan segala ketentuan..terserah..
tunjukkan aku jalan...

Tuesday, November 10, 2009

Sunday, October 25, 2009

buAt temAn yAng Aku rindU

*agak kamu bila boleh kita seperti dulu?*

buat seorang sahabat yang pernah dan selama..

aku telah rindu terlalu...
mahu lafaz kata aku malu..
tapi dibiar bimbang layu..

masa semalam indah kalaw kenang..
lama mengharap kembali semula..
dekat mata nampak sentiasa..
cuma hati terjauh tak sengaja.. mengapa?

aku bukan pandai meneka..
apa kata isi hati mereka..
cuma mengharap kaw juga rasa..
sebuah jiwa yang rindu merana..

......cukup aku melihat kaw gembira..walaw kita tidak bersama..asal kaw ketawa..biar dengan mereka..aku akan gembira.....

maaf..aku bukan sahabat seindah tulisan buku...
maaf..aku bukan sahabat semerdu lagu radio...
maaf..aku bukan sahabat sehebat KLCC...(kenapa KLCC?)

p/s: sahabat yang sentiasa dikenang...dalam setiap bait kata, dalam setiap baris bahasa, dalam setiap lafaz doa.....insya Allah...

Thursday, October 15, 2009

pernAh rAsA jiwA cintA semulA

kalaw siapa dapat bagi jawapan kepada aku tentang sebuah permainan jiwa yang mengusik perasaan dan mengacau minda serta segala rahsia...minta tolong terlalu untuk diberi kepada aku sebuah penjelasan...

"adakah aku dalam cinta..tersenyum tawa..masa indah lalu walau cuma sekejap...."

"adakah aku dalam cinta..mengenag dan terbayang..masa indah lalu walau cuma sekejap...."

"adakah aku dalam cinta..menanti dan menunggu..masa indah lalu walau cuma sekejap...."

aku tanya pada sendiri takut keliru dengan kehendak..apa masih sebenarnya perasaan ini ataw cuma satu lagi permainan jiwa mengharap?

aku tanya pada lain takut pengaruh dengan desakan..apa masih sebenarnya perasaan ini ataw cuma satu lagi permainan jiwa mengharap?

aku tanya pada kaw takut termalu dengan keputusan..apa masih sebenarnya perasaan ini ataw cuma satu lagi permainan jiwa mengharap?

kalaw siapa dapat bagi jawapan kepada aku tentang sebuah permainan jiwa yang mengusik perasaan dan mengacau minda serta segala rahsia...minta tolong terlalu untuk diberi kepada aku sebuah penjelasan...

aku rindu mahu seperti dulu..walaw pernah merasa hanya sebentar masa..tetapi rasa mendalam jiwa dan minda..

jika ada peluang pulang lagi..mengundur masa mengubah sikap membetul bicara..apa boleh kita mula semula dari kosong?

apa agak kata kamu..mahu seperti dulu?

aku mahu ... terlalu mahu ... aaaahhhhhhh...

p/s: terputus dan kembali bermesra ..harap kekal indah..insya allah...