Saturday, January 30, 2010

hAdiAh sebuAh

"cinta itu .. hadiah dari-Nya ..."

aku ...
kaw kata kaw percaya dengan sedalam-dalam keyakinan bahawa cinta itu dari AKU ..
hadiah dari AKU untuk seorang aku dan orang-orang lainnya yang macam aku ..

soalan aku ... apa layaknya sebuah hadiah itu kepada yang menerima ?
lebih lagi hadiah itu dari AKU ..?

[aku mohon jawapan ...tulus...]

mengapa sahaja bila hadiah itu ada...
tiada aku mahu menghargai ..
tiada aku tahu menghargai .. ti
ada aku pandai menilai ...

(mengapa ..?)

ohhhh ..
dan bila sahaja hadiah itu hilang dalam gelap entah di mana dan bagaimana ... terhantuk sukma bertanya sebab dan asbab ...
sayang telah lama terlewat ..

kenapa tidak sebuah hadiah yang berharga amat itu aku jaga dengan sebaik-baik jagaan?
bagaimana mahu aku?
aku hanya aku ..
aku cuma aku ...

........................................

bismillah

YA ALLAH
aku bukan mahu menidakkan kekuasan Engkau tuhan ..
jauh sekali aku mahu menolak ketentuan Engkau tuhan ..

cuma aku mohon pada Engkaw tuhan ..
dengan segala kekuasaan pada Engkaw tuhan ..
bantu aku YA ALLAH ..

kekuasaan Engkaw sahaja tuhan ..
mampu mengoncang dunia dengan sekuat-kuat goncangan ..
mampu mengelodak lautan luas dengan ombak menggunung ..
walaw pada awalnya dunia aman tidak berdetik ..
walaw pada awalnya lautan tidak bergelora ..

YA ALLAH ..
kalaw sahaja kemahuan Engkaw mahhu menukar terbit terbenam matahari ..
mudah sahaja Engkaw menukar arahnya ..
mudah sahaja engkaw menukar fitrahnya ..

YA ALLAH ..
aku memohon kepada Engkaw tuhan ..
dengan segala kekuasaan Engkaw tuhan ..
apalah kiranya kalaw Engkaw buka hatinya untuk aku ..
apalah kiranya Engkaw lembutkan hatinya untuk aku ..

kurniakan aku cinta insan agar dapat aku menikmati cinta Engkaw YA ALLAH ...
aku ini kan hamba Engkaw YA ALLAH ..
aku mohon ... Insya ALLAH ..

..........................................

"cinta itu ... anugerah dari-Nya .."

No comments: